Apa itu Score A Programme?


Apa itu Score A Programme?  
Score A Programme adalah modul pembelajaran latih tubi secara dalam talian (online) menggunakan internet. Latih tubi adalah kaedah pembelajaran output learning di mana pelajar mengaplikasikan semula apa yang telah dipelajari dengan kaedah input learning di sekolah dalam bentuk latihan untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai apa yang telah dipelajari di sekolah. Kaedah latih tubi merupakan kaedah yang paling berkesan untuk meingkatkan pemahaman pelajar sebagai persediaan dalam menghadapi latihan bulanan dan peperiksaan penggal di sekolah dan juga berkesan diapplikasikan sebelum menghadapi peperiksaan besar UPSR, PMR, dan SPM.  
Sejarah Score A Programme  
Score A Programme bermula pada tahun 1999 dengan nama cetusan idea 3 orang rakan semasa sedang meminum secawan kopi di kedai kopi. hasil daripada perbincangan beberapa bulan maka lahirlah syarikat Edu-2U Portal Sdn. Bhd.  
  
Hasil penyelidikan selama 3 tahun Edu-2U Portal telah dilancarkan pada 25 August 2002 dan pelancaran program sekolah angkat telah dilakukan pada tahun 2003 untuk menguji keberkesanan Score A Programme.  
  
  
Selama 3 tahun program sekolah angkat ini di jalankan, pelbagai maklumbalas dari guru dan pelajar diterima untuk menembah baik kepada protal dan akhirnya pada 1 April 2006 terbentuk secara rasmi syarikat Kenshido International Sdn. Bhd. berteraskan produk Score A Programme.  
  
Sedarkah anda dunia ICT sedang berkembang pesat?
Dalam sedar tak sedar ICT telah menguasai kebanyakan dari aktiviti harian di sekeliling kita. Sehinggakan orang boleh dikatakan orang yang tidak mempunyai alamat email atau facebook kebelakangan ini adalah sesuatu yang pelik. Begitu juga transaksi urusniaga dan urusan harian kita sekarang ini semuanya boleh di buat secara dalam talian menggunakan internet.
   
Begitu juga statistik pengguna internet di Malaysia semakin meningkat setiap tahun.
YEAR
Users 
Population
% Pen. 
Usage Source 
2000
3,700,000
24,645,600
15.0 %
ITU
2005
10,040,000
26,500,699
37.9 %
C.I.Almanac
2006
11,016,000
28,294,120
38.9 %
ITU
2007
13,528,200
28,294,120
47.8 %
MCMC
2008
15,868,000
25,274,133
62.8 %
MCMC
2009
16,902,600
25,715,819
65.7 %
ITU

Kelemahan kaedah latih tubi output learning sedia ada
 
  • Kena periksa jawapan sendiri,
  • tidak boleh mengulang soalan,
  • tiada pemantauan masa,
  • terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar dan,
  • tidak Interaktif.

Begitu juga revolusi dunia pendidikan disokong pula dengan DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan dalam RMK-9 untuk e-learning. Kerajaan mensasarkan 100% sekolah bestari pada tahun 2010 dimana setiap sekolah akan dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer dan akses internet.
Dulu
Kini
 
   

Begitu juga di Malaysia:
Sebagai ibu-bapa yang prihatin, seharusnya kita mengikuti perkembang zaman sekarang dan sesuaikan kaedah pembelajaran anak kita mengikut kaedah pembelajaran semasa seperti kata khulafa'ur rashidin ke empat:  
Didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya.  
Saidina Ali r.a   
Begitu juga dipetik dari kata khulafa'ur rashidin yang kedua:  
Hendaklah ibu bapa mendidik anak berlainan dengan cara mereka dididik sebab Allah melahirkan anak itu berlainan zaman daripada zaman ibu bapanya.  
Saidina Umar Al-Khattab r.a