eExamination Hall


Ciri-ciri eExamination Hall

Ciri-ciri unik pembalajaran OUTPUT - latih tubi:
4 kekuatan utama eExamination Hall:
e-Topic



e-Topic adalah modul untuk membuat latihan ringan khusus untuk topik dalam setiap subjek. Terdapat 3 set kertas di mana pelajar bebas memilih mana-mana set kertas soalah unutk menguji tahap kefaham pelajar dalam topik tersebut. Soalan boleh diulang dan soalan-soalan tetap sama. Ini bertujuan untuk menarik minat pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan pelajar dalam topik tersebut.

e-Assessment


e-Assessment adalah set soalan berdasarkan subjek secara keseluruhan. Ia terbahagi kepada 3 tahap iaitu:
  1. Easy - 15 soalan
  2. Medium - 30 soalan
  3. Hard - 60 soalan
Palajar hanya boleh naik ke tahap seterusnya sekiranya mendapat sekurang-kurangnya 80% markah betul. Pelajar boleh mengulang tahap sehingga mendapat 80% markah tetapi setiap kali ulangan, sistem akan memberikan soalan-soalan yang berbeza. Dengan cara ini, pelajar dapat menilai tahap kefahaman dan semakin banyak soalan yang dijawab semakin tinggi tahap pemahaman pelajar dalam sesuatu matapelajaran.
Selain daripada itu, pelajar yang cemerlang akan mendapat peluang masuk dalam rangking 100 seMalaysia. Ini sedikit sebanyak memotivasi pelajar untuk melakukan latih tubi ini dengan cemerlang kerana nama mereka akan terpampang dalam Top 100 Student yang menggunakan program ini 1 Malaysia.
e-Trial Exam
  


e-Trial Exam merupakan koleksi set soalan percubaan yang diambil dari 16 buah sekolah bestari di mana set soalan ini hampir menyerupai set soalan peperiksaan sebenar. Lebih banyak pelajar membuat latihan menggunakan modul ini, lebih tinggi kebarangkalian untuk mereka mendapat keputusan cemerlang.

e-Past Year Exam


e-Past Year Exam merupakan  koleksi set soalan peperiksaan sebenar dari tahun 1993 hingga terkini. Hanya kenshido International saha mendapat kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerbitkan semula secara online. Ini kerana set-set soalan peperiksaan tahun lepas adalah harta sulit kerajaan. Koleksi set soalan tahun lepas ini adalah merupakan rahsia pelajar cemerlang Nur Amalina dimana beliau telah melakukan latih tubi berdasarkan set-set soalan peperiksaan tahun lepas.

Selain daripada itu terdapat beberapa modul tambahan yang menyokong kekuatan Score AProgramme ini iaitu e-Notes.
e-Notes merupakan koleksi nota-nota KOMPREHENSIF untuk rujukan pelajar semasa membuat latihan. Ia boleh dicapai semasa pelajar sedang membuat modul e-Topic di sebelah kanan atas skrin. e-Notes ini akan memaparkan nota berkaitan dengan topik yang sedang dibuat latihan sebagai rujukan pantas untuk pelajar lebih memahami topik tersebut.
Bergantung kepada topik yang sedang dipelajari, e-Notes ini memaparkan nota berbentuk gambarajah menarik berwarna warni dan ia juga boleh dicetak sebagai rujukan.
Selain itu juga Score A Programme mempunyai ciri-ciri pemeriksaan serta merta berserta kata-kata motivasi.
Ciri-ciri ini akan menarik minat pelajar membuat latihan kerana kata-kata motivasi sebegini akan membentuk pemikiran positif kepada pelajar dan membina keyakinan tinggi kepada pelajar dalam ujian peperiksaan yang sebenar.
Selain itu juga Score A Programme menyediakan kamus e-Dictionary secara capaian mudah untuk membantu pelajar memahami sesuatu perkataan yang tidak difahami.
Ini memudahkan pelajar untuk menyemak kamus untuk membuat rujukan di mana perkara seperti ini membebankan jika menggunakan buku kamus. Buat masa ini, kamus e-Dictionary ini diambil dari modul google translate. Berita terbaru sempena bulan bahasa kebangsaan pada bulan 10/2010, Score A Programme akan menggunakan modul kamus dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk terjemahan yang lebih tepat.
Selain daripada itu, terdapat ciri-ciri Countdown Timer untuk e-Trial Exam & e-Past Year Examikut waktu sebenar peperiksaan supaya pelajar membiasakan diri mengikut masa yang telah diperuntukkan.
Seandainya pelajar terlebih masa, sistem akan AUTO SUBMIT dan keputusan terus pada IBU BAPA pelajar (e-Report Card).
Satu lagi kelebihan yang terdapat dalam Score A Programme adalah KEPUTUSAN SERTA MERTA untuk setiap latih tubi yang dilakukan oleh pelajar secara terperinci.
Tidak kurang dari itu, sistem juga akan menyenaraikan statistik jawapan yang salah dan bilangan percubaan pelajar untuk ibu-bapa lebih memahami tahap kekuatan pelajar dalam membuat latihan tersebut. Pelajar secara tidak lansung dapat mengulangkaji jawapan yang salah tersebut dan sekaligus dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam topik tersebut.
Untuk pelajar yang mengambil peperiksaan PMR, terdapat satu modul e-Schema untuk pelajar memahami cara sesuatu jawapan khususnya matematik bagaimana langkah penyelesaian secara terperinci.
Modul ini akan menjelaskan jalan untuk setiap jawapan supaya pelajar dapat mengulangkaji kesilapan dan seterusnya memperbaiki kelemahan dengan lebih berkesan.
Akhir sekali, bagi ibu bapa yang perihatin, mereka sememangnya ingin tahu perkembangan prestasi pendidikan anak-anak secara lebih terperinci walaupun mereka sendiri sibuk dengan kerjaya. Di sinilah kekuatan Score A Program di mana terdapat eReport Card untuk memudahkan ibu-bapa memantau aktiviti dan prestasi pendidikan anak-anak mereka.
eReport Card ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ibu-bapa serta merta mendapat keputusan latihan anak-anak sebaik sahaja anak-anak mereka selesai melakukan sesuatu latihan.
Ibu-bapa juga boleh mendapat eReport Card berbentu SMS seperti di atas. Ciri-ciri ini boleh dinyahaktifkan pada bila-bila masa jika tidak diperlukan. Manakala eReport Card secara dalam talian memaparkan secera terperinci setiap latihan yang dilakukan oleh anak-anak seperti di bawah.